Tahukah anda sekiranya anda mempunyai kriteria yang mencukupi syarat, anda boleh memohon untuk membina website secara PERCUMA. Bina website Malaysia dengan cara memohon geran melalui pihak kerajaan menjimatkan banyak kos. Jom kita rungkai pihak mana yang menawarkan geran tersebut.
Bina website Malaysia kini tanpa kos
Pihak kerajaan ada menyediakan dana khas untuk Bumiputera yang mempunyai kriteria yang menepati syarat untuk mereka yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Dana ini adalah merupakan geran pendigitalan oleh pihak Mara. Kini bina website Malaysia adalah tanpa kos.
Geran bina website Malaysia Mara
Kalau anda boleh ulang baca semula tajuk di atas ada dinyatakan bahawa anda boleh membina website Malaysia untuk syarikat anda secara PERCUMA. Namun perlu diingatkan, geran Mara hanya menampung 90% sahaja. Jadi bagaimana dengan 10% lagi. Sepatutnya 10% itu, adalah komitmen dari pihak anda. Namun sila hubungi kami untuk mendapatkan penyelesaian komitmen 10% tersebut.
7 Sebab anda perlu bina website Malaysia menggunakan geran
Terdapat beberapa faktor penting kenapa anda perlu menggunakan geran dan bukan modal dari poket anda sendiri.
1. Jimat kos
Kenapa nak keluarkan belanja sendiri sedangkan anda boleh berjimat banyak. Bayangkan untuk membina website Malaysia biasanya menelan ribuan ringgit. Boleh rujuk sini untuk contoh senarai harga pakej membina website.
2. Manfaatkan cukai yang dibayar
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab seperti anda, biasanya anda membayar cukai saban tahun untuk membantu sama-sama membangunkan negara. Manfaat cukai yang dibayar ini boleh anda tebus semula dengan memohon geran yang disediakan oleh pihak kerajaan, asalkan syarat anda mencukupi.
3. Pemudahcara lantikan berwibawa
Apabila sesuatu geran ingin diluluskan oleh pihak agensi kerajaan, contohnya untuk membina website Malaysia ini, pihak seperti Mara mempunyai pemudah cara khas yang dipilih terlebih dahulu. Pemudah cara ini ditapis ketat untuk memastikan anda mendapat servis yang selayaknya dengan nilai geran tersebut.
4. Jumlah dana geran besar
Di bawah geran pendigitalan Mara, geran yang anda boleh mohon adalah sehingga RM20,000 maksimum. Bayangkan jika anda tidak memanfaatkan kelebihan ini, anda telah membazirkan peluang yang sangat besar ini. Contohnya untuk membina website Malaysia, anda tidak memerlukan sehingga RM20,000, namun lebihan itu boleh digunakan untuk pakej lain juga.
5. Pakej pendigitalan adalah luas
Bukan setakat buat website, anda juga boleh mohon untuk pengiklanan, pengoptimum laman web anda di enjin carian, pengurusan iklan di media sosial, dan pelbagai lagi. Berada di ranking pertama engine carian seperti Google memerlukan modal yang besar untuk mengupah mereka yang pakar. Namun dengan geran yang ada, anda dapat menjimatkan banyak kos.
6. Meningkatkan kredibiliti
Apa perbezaan identiti perniagaan anda jika ingin dibandingkan dengan pesaing yang lain? Jika anda mempunyai semua link media sosial yang percuma di pasaran, tidakkah anda rasa pesaing anda juga mempunyai perkara yang sama. Jadi, untuk meningkatkan kredibiliti anda, laman web adalah satu nilai tambah yang mana pesaing anda tidak akan melaburkan modal mereka ke arah itu. Mereka tak tahu pun yang anda menggunakan geran untuk membangunkan laman website Malaysia.
7. Sokongan dan insentif daripada mara
Ramai kat luar sana hanya mempunyai info bahawa pihak Mara cuma menyediakan pinjaman perniagaan sahaja, tidak ramai yang tahu tentang geran pendigitalan. Justeru sebagai Bumiputera, kelebihan ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya sebagai usahawan.
Sekiranya anda berminat untuk memohon geran website Malaysia ini, di bawah ada disediakan butang untuk ke pautan berkenaan cara-cara untuk memohon geran tersebut. Namun jika anda berminat untuk mempelajari cara-cara meningkatkan pemasaran jenama secara percuma, ada juga platform untuk anda belajar disediakan di bawah. Dari meja Mastersyak Network, terdapat kesedaran bahawa ramai usahawan di luar sana yang tercari-cari platform untuk mendapatkan ilmu bagi meningkatkan pemasaran untuk produk atau jenama masing-masing. Mari join platform PERCUMA yang mastersyak sediakan melalui butang link yang juga disediakan di bawah.
Jika anda ingin mendapatkan kedua-dua manfaat, sila BOOKMARK dulu laman web ini atau copy link sebelum memilih salah satu butang di bawah, dan kembali semula ke sini untuk memilih butang kedua pula.
Semoga anda memperoleh manfaat.