Digital Marketing

Facebook Ads - Digital Marketer - Mastersyak

Adakah Facebook Ads masih relevan?

Hari ini, kalau buka phone je dah tak sama macam dulu. Kalau dulu kita phone je mesti nak buka Facebook dulu. Tapi sekarang benda dah berbeza. Aplikasi Tiktok dah lebih mendominasi rakyat Malaysia, tidak kira peringkat umur, ‘makcik2’ pun dah rajin bertiktok. Namun ada sesuatu yang tak boleh diabaikan, pengiklanan di Facebook, atau lebih mudah disebut Facebook Ads.

Facebook Ads - Digital Marketer - Mastersyak

7 Sebab Kenapa Facebook Ads Masih Relevan

1. Jangkauan Yang Masih Besar

Kalau anda rasakan semua pengguna dah beralih ke Tiktok, anda silap. Ini kerana data menunjukkan Facebook masih mempunyai pengguna yang ramai, menjangkau 2 billion pengguna. Sama juga di Malaysia, pengguna Facebook masih mempunyai pengguna yang ramai berjumlah 22.35 juta pengguna merangkumi 64.8% rakyat Malaysia (data sehingga tahun 2024), Justeru, masih berbaloilah kan kalau kita masih nak jalankan Facebook Ads untuk promote produk kita.

facebook-users-by-country
Gambar menunjukkan jumlah senarai pengguna mengikut negara yang paling teramai (sumber:https://backlinko.com/facebook-users)

2. Target Yang Lebih Spesifik untuk kempen Facebook Ads

Kalau dulu, hanya syarikat-syarikat besar yang mampu menjalankan iklan di media-media massa samada cetak ataupun elektronik. Bayangkan untuk memaparkan iklan di Billboard saja menelan belanja puluhan ribu malah ada yang jutaan ringgit. Sama juga di televisyen. Dengan adanya pemasaran Facebook Ads, kini pemain-pemain industri kecil juga sudah mampu menjalankan iklan kepada pengguna. Lebih baik lagi yang mana Facebook mempunyai data pengguna yang lebih spesifik mengenai status, pekerjaan, tempat tinggal, umur malah minat juga adalah salah satu data yang Facebook miliki.

Facebook Ads - Digital Marketer - Mastersyak - Target Audience

Walaupun sekarang ini minat(interest) bukan lagi menjadi sesuatu yang utama, namun ada seketika dulu minat ini menjadi sangat kritikal untuk menentukan iklan kita akan mencapai target yang sebetulnya sehingga ada sifu-sifu yang menganjurkan kelas sehingga 3 hari hanya untuk mengenalpasti minat pengguna terhadap produk pemilik perniagaan tersebut. Sekarang minat bukanlah lagi keutamaan untuk difikirkan oleh pemilik perniagaan kerana sekarang ini lebih baik kita biarkan Facebook yang cari sendiri pengguna yang ada kaitan minat dengan produk kita.

3. Fungsi Retargeting yang Mantap

Digital Marketing Agency adalah antara mereka yang mempunyai kepakaran dalam menjalankan kempen Facebook Ads. Mereka yang mahir dengan penggunaan Facebook Ads Manager, akan menggunapakai fungsi retargeting dengan cara menanam Facebook Pixel ke dalam laman web pemilik perniagaan. Ini bertujuan sebaga ‘saka’ yang akan mengikut pengguna yang pernah melawati laman web pemilik perniagaan tersebut namun belum membuat sebarang belian. Setiap kali pengguna masuk kembali ke Facebook, mereka akan menjumpai iklan anda berulang-kali dan ini berpotensi untuk menjadikan prospek tersebut convert untuk membuat belian. 

4. Integrasi dengan Instagram

Facebook Ads - Digital Marketer - Mastersyak - Instagram

Mungkin ramai lagi kat luar sana tak tahu yang pengiklanan di Instagram hanya boleh dijalankan melalui Facebook Ads Manager. Instagram sendiri tidak disediakan tools untuk sebarang setting bagi tujuan pengiklanan. Justeru adalah penting untuk mempunyai akaun Facebook agar jika pemilik perniagaan ingin menjalankan iklan, anda perlulah melakukan set up di Facebook Ads Manager

 

Bersambung..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *