Digital Marketing

Belajar Buat Website - Digital Marketer - Mastersyak

Jom Belajar Buat Website

Dalam zaman era kini, internet merupakan alat perhubungan penting dalam menghubungkan apa jua jenis perniagaan. Dengan adanya internet, pelbagai media sosial telah wujud dan persaingan di antara syarikat-syarikat yang mencipta media sosial ini saban hari cuba menjadi yang terbaik untuk meraih lebih ramai pengguna untuk mendaftar dengan mereka. Namun, ada satu platform evergreen yang ramai kini dah mula abaikan, iaitu laman web yang sebenarnya platform utama yang lebih penting dari Media Sosial jika sesebuah perniagaan itu ingin pergi lebih jauh.

Kali ini mari kita merungkai, kenapa pentingnya setiap syarikat memiliki laman web. Dengan adanya kelas-kelas yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu, maka semuanya kini mudah, hanya diskrin saja dan tidak semestinya kena datang kelas fizikal untuk belajar buat website. 

Belajar Buat Website - Digital Marketer - Mastersyak

7 Sebab Kenapa Kena Belajar Buat Website

Di sini Master ingin senaraikan antara sebab-sebab kenapa pentingnya belajar buat website.  Ini kerana, jika korang abaikan benda yang penting ni, maka rugilah korang sebab akan menjadi agak ketinggalan.

1. Upah Web Designer Agak Mahal

Betul, Master tak nafikan, sebab Master sendiri caj kepada klien agak beribu jugak la, cuba tengok sini Master sharekan pakej yang Master tawarkan, KLIK SINI. Jimat banyak kalau korang belajar buat website sendiri.

So, kalau korang ada modal besar nak bayar Designer, silakan, macam Master mestilah lagi suka kalau korang nak bayar untuk upah buat website tu, masyuk ape, haha.

2. Belajar Buat Website Tak Lama

Faham, zaman sekarang ni semua orang sibuk, Master pun. Tapi tak perlukan sehingga tahun pun untuk belajar buat website ni. Silap-silap kalau korang jenis cepat catch up, sehari je dah boleh pandai. Kalau makan 2 ke 3 hari tu biasalah, tapi kalau untuk basic, biasanya tak makan masa yang lama, dalam sehari je macam tu. Kecuali kalau korang nak belajar detail macam cara-cara nak bagi website ada kat 1st page ranking Google, haa tu citer lain lah. Tu dah masuk bab SEO. Tu lain kali Master citer kat korang. SEO ni nama panjang dia Search Engine Optimization. Memang renyah sket keja dia kalau nak bagi website kita ada kat ranking yang atas-atas tu. Tapi semua benda boleh buat kat dunia ni kalau kita usahakan. Master boleh ajarkan korang kemudian nanti, cuma jangan lupalah pengerasnya.

3. Tak Perlu Coding

Kalau zaman awal kemunculan internet dulu, hanya yang pakar je boleh hasilkan website. Sebab ape? Sebab zaman tu hanya boleh bina website menggunakan coding. Korang kira beruntunglah sebab tak perlu pening kepala nak hadap benda coding ni.  Sekarang ni pakai Drag and Drop je. Dieorang dah sediakan builder siap-siap. Semua jadi mudah belaka. Cumanya korang takleh lah nak bina laman web macam maybank2u.com kan, ni Master bagi contoh la website jenis custom yang korang agak sukarlah nak bina kalau takat guna Drag and Drop je.

Belajar Buat Website - Digital Marketer - Mastersyak - Website Maybank
Contoh laman web yang menggunakan kaedah coding

4. Belajar Buat Website Menguntungkan

Master ada ceritakan tadi yang upah buat website agak mahal. Jadi kalau korang belajar buat website, korang boleh mula ambil upah sebagai website designer. Cuma korang kena belajar lebih dalam sedikit lah. Ini bukan apa, kadang-kadang masalah luar jangka tiba-tiba website tak appear, website crash, website tak loading, perkara-perkara macam ni kadang-kadang memang pening kepala dibuatnya. Silap-silap korang pun boleh panik sebab tiba-tiba klien yang korang buat website tu mengamuk sebab website dia tak appear, haaa risau tak? he he.

Tapi kalau citer bab untung, haa korang auto lupa semua masalah tu tadi bila mana klien mula bayar korang pada harga beribu, dia akan mula tak ingat dunia dah. Apa-apa pun yang penting belajarlah, sebab kat dunia ni apa ilmu pun memang kena belajar walau sampai ke negeri China.

Belajar Buat Website - Digital Marketer - Mastersyak - Buat Duit

5. Boleh Dapat Duit Dollar

Ini bukan cerita bohong, Master nak bagitau korang kat luar sana, ada banyak platform yang sediakan klien yang cari web designer untuk dieorang upah binakan website untuk dieorang. Disebabkan mereka ni dari luar negara, maka upahnya dah tentulah dalam bentuk Dollar. Jadi tak mustahil kalau korang letak harga 3 angka pun dalam Dollar, convert ke Ringgit Malaysia auto jadi ribu dah. Best kan? so mulalah bina portfolio korang, start mula belajar buat website dari sekarang, korang tengok nanti bila dah mula dapat order dari oversea, fuhh memang tak nak henti lah terima job kalau boleh nak sapu semua.

6. Belajar Buat Website Sampai Jadi Expert Webmaster

Macam ni lah, zaman sekarang ni, bos-bos memang fokus cari makerter, tapi kalau marketer tu hebat buat website, fuhh, memang koranglah calon staf yang dicari-cari. Bayangkan kalau tidak bos terpaksa bayar website designer kat luar beribu-ribu untuk satu website, dengan adanya korang dalam syarikat, maka bos korang akan sayang sebab dapat jimat banyak. Pastu pulak korang hebat setting iklan untuk Media Sosial, haa jap lagi Master nak kongsikan satu Channel Telegram Master ada kongsikan banyak info-info, korang belajar macam mana nak manage iklan, macam mana nak bina branding, macam mana nak susun funnel customer bos korang, perghhhh, memang Expert Digital Marketer lah citer dia. Master tak sembang banyak, nanti bawah sekali ada butang korang tekanlah laju-laju, jangan terlepas peluang.

7. Manipulasi Website Jauh Meninggalkan Media Sosial

Pening dengar ayat ni kan? Bayangkan, apa kaitan belajar buat website dengan manipulasi? Haa, seperti yang Master janjikan tadi, Master ada sediakan Telegram Channel, dalam Channel ini bukan calang-calang ilmu yang korang dapat, sebab Master nak latih korang sampai jadi expert. termasuk juga bos-bos kat luar sana mana yang berminat nak upgrade staf bahagian pemasaran korang, JOIN lah CHANNEL ni. Bawah ni Master ada sediakan butang, korang klik kat situ dan ikut je langkah-langkah yang telah Master sediakan. Tapi sebelum korang join Telegram tu Master ada sediakan link untuk download sebuah eBook 7 Langkah Membina Branding secara PERCUMA. Link Telegram akan diberikan setelah download eBook tersebut.

Dengan mengikuti Channel Digital Marketing Expert ini, korang akan belajar bagaimana funnel customer journey. Apakah funnel customer journey? Ianya adalah suatu proses yang mana, kita salurkan prospek pelanggan yang ada kat luar sana untuk masuk ke ‘lorong-lorong yang telah kita sediakan. Prospek pelanggan akan masuk dengan relahati tanpa perlu dipaksa atau dipujuk rayu. Best kan? Ilmu in mahal dan sangat memerlukan kreativiti, itulah sebabnya Master gelarkan Digital Marketing Expert, bukan calang-calang yang bakal JOIN Telegram Channel ini, sebab korang memang Master akan tunjukkan satu-persatu dari semasa ke semasa langkah-langkah untuk buat marketing melalui platform Digital Marketing Insya Allah. Bos-bos pun apa lagi, jom naiktaraf staf pemasaran korang jadi expert.

Jadi inilah yang Master maksudkan tadi bagaimana dengan belajar buat website, korang boleh manipulasi website tersebut untuk menarik bakal pelanggan sehingga barang korang boleh terjual walaupun korang sedang tidur! So kenapa nak tunggu lagi? cepat klik pada butang di bawah, penat Master citer panjang-panjang rugi kalau korang tak grab.

Klik butang kat bawah ni SEKARANG kalau korang tak nak menyesal di kemudian hari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *