Pakej Servis yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai pakej sevis yang kami sediakan. Tekan pada butang Sebut Harga supaya kami dapat bantu memenuhi keperluan anda.
![landing page](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/landing-page-1024x717.jpg)
Landing Page / Sales Page
- Landing Page merupakan laman web khas yang digunakan bertujuan untuk melakukan jualan bagi satu jenis produk sahaja. Landing Page biasanya tiada Menu, tiada Header dan tiada Footer. Fokus utama Landing Page adalah untuk memastikan bakal pelanggan menekan butang pembelian.
- Harga : RM399 - RM899
- Proses : 3 - 5 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : RM399
![website-ecommerce](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/website-ecommerce-nurraysa-1024x717.jpg)
Ecommerce Website
- Website Ecommerce merupakan website lengkap bagi perniagaan sesebuah syarikat. Melalui Website Ecomerce ini, syarikat yang mempunyai pelbagai produk untuk satu perniagaan paling sesuai menggunakan website jenis ini. Pembelian boleh dilakukan terus di dalam website jenis ini dan juga termasuk kaedah dan caj penghantaran, boleh juga ditetapkan supaya pelanggan mudah untuk membuat urusan pembelian.
- Harga : RM999 - RM2699
- Proses : 7 - 14 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : RM699
![website-syarikat](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/website-syarikat-1024x717.jpg)
Company Website
- Company Website berbeza dengan Ecommerce Website. Company Website biasanya untuk sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berbeza. Melalui website ini, pelawat akan dapat melihat pakej perniagaan akan tetapi untuk urusan pembelian terpulang kepada pemilik. Seandainya hanya satu dua produk, boleh terus terapkan sistem pembayaran. Tapi seandainya terdapat banyak produk, adalah lebih baik untuk mengasingkan melalui satu laman web khas Ecommerce.
- Harga : RM999 - RM1699
- Proses : 7 - 14 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : RM699
![website-webblogging](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/website-webblogging-1024x717.jpg)
Webblogging Website
- Bagi syarikat atau perniagaan yang sentiasa mempunyai artikel untuk dikongsi kepada pelawat, Webblogging Website adalah website yang paling sesuai. Ini kerana website jenis ini lebih menumpukan kepada aktiviti perniagaan/syarikat yang sentiasa dipaparkan kepada pelawat dari semasa ke semasa. Jadi pelawat yang sentiasa mahukan info terbaru atau mengikuti perkembangan terbaru syarikat, boleh mengikuti website ini setiap masa. Walaupun begitu, sistem pembayaran juga boleh di pasang di dalam website ini sekiranya syarikat ingin mempromosikan produk mereka.
- Harga : RM999 - RM1699
- Proses : 7 - 14 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : RM699
![website korporat](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/website-korporat-1024x717.jpg)
Corporate Website
- Corporate Website hanya untuk syarikat-syarikat korporat, berkaitan kerajaan (GLC) dan juga khas untuk kerajaan. Website ini khas berprofil tinggi, tidak menggunakan shared hosting dan dipasangkan sistem keselamatan yang tinggi.
- Harga : RM6999
- Proses : 7 - 14 hari bekerja
- Pembaruan tahunan : RM999
![no-preview-available](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/no-preview-available-1024x717.jpg)
Minisite
- Minisite adalah laman web ringkas syarikat yang hanya mempunyai 1 laman sahaja. Hampir sama dengan Landing Page tetapi Minisite dilengkapi Menu, Header dan Footer. Tiada sistem pembayaran di pasang bersama minisite ini (kecuali atas permintaan dan ada bayaran untuk versi naiktaraf).
- Harga : RM999
- Proses : 3-5 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : RM699
![Chatbot-Website](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/Chatbot-1024x717.jpg)
Chatbot (Website)
- Pemasangan chatbot di dalam sesebuah laman web juga penting bagi membantu pelawat untuk bertanya jika ada perkara yang mereka tidak faham. Selain itu, chatbot juga memendekkan masa untuk pelawat sampai kepada syarikat selain kaedah pertanyaan melalui email. Bagi anda yang mengambil pakej penuh website kami (tidak termasuk Landing page dan Minisite), alatan ini akan dipasang secara percuma di atas permintaan.
- Harga : RM99
- Proses : 3 - 5 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : -
![Facebook-Ads-Manager](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/Facebook-Ads-Manager-1024x717.jpg)
Facebook Ads Marketing
- Facebook Ads Marketing meliputi pengiklanan melalui medium Facebook. Terdapat pelbagai jenis pengiklanan di Facebook. Namun begitu bergantung di atas permintaan pelanggan samada untuk pengurusan secara sekali pemasangan atau maintenance bulanan.
- Harga : RM499 - RM1299 (bulanan/tahunan)
- Proses : N/A
- Pembaharuan tahunan : N/A
![Google Ads Marketing](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/Google-Ads-Marketing-1024x717.jpg)
Google Ads Marketing
- Google Ads Marketing meliputi pengiklanan melalui medium Google Ads Network. Terdapat pelbagai jenis pengiklanan di Google. Namun begitu bergantung di atas permintaan pelanggan samada untuk pengurusan secara sekali pemasangan atau maintenance bulanan.
- Harga : RM499 - RM1299 (bulanan/tahunan)
- Proses : N/A
- Pembaharuan tahunan : N/A
![Google My Business](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/Google-My-Business-1024x717.jpg)
Google My Business
- Google My Business merupakan satu alatan yang sangat menarik yang sangat rugi sekiranya tidak digunakan sepenuhnya oleh pemilik perniagaan. Melalui alatan ini, anda boleh memberitahu pelanggan tentang lokasi, waktu perniagaan, nombor telefon, email, gambar berkaitan perniagaan dengan hanya menekan satu link. Anda juga boleh menerima review dari pelanggan-pelanggan yang pernah datang ke kedai anda. Tidak semestinya kedai, jika beralamatkan rumah juga boleh menggunakan alatan ini. Selain itu, alat ini membantu SEO laman web anda. Bagi anda yang mengambil pakej website penuh kami, alat ini akan dipasangkan secara percuma atas permintaan anda (tidak termasuk pakej Minisite atau Landing Page).
- Harga : RM99
- Proses : 3 - 5 hari bekerja (untuk pengesahan dari Google masanya bergantung kepada berapa lama mereka melakukan proses verifikasi)
- Pembaharuan tahunan : -
![ebook](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/ebook.png)
eBook Design
- Bagi usahawan yang ingin melancarkan sama ada buku fizikal, ebook, panduan ataupun tips, bagi menampakkan lagi keterampilan persembahan tips / panduan anda itu, kami menyediakan perkhidmatan mereka design untuk kulit buku versi digital anda.
- Harga : RM30
- Proses : 3 - 5 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : -
![Whiteboard Marketing](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/Whiteboard-Marketing-1024x717.jpg)
Whiteboard Marketing
- Pemasaran Digital masa kini memerlukan kreativiti. Justeru selain kaedah pemasaran yang memaparkan gambar, ayat, dan juga video biasa, lakaran video di papan putih juga merupakan suatu kaedah yang menarik. Pakej kami buat masa ini menyediakan video dalam bahasa inggeris. Untuk segala content termasuk gambar dan skrip perlu disediakan oleh pihak anda. Untuk bahasa melayu hanya dibuka kepada anda yang mempunyai rakaman suara sendiri dalam format MP3 sahaja.
- Harga : RM99
- Proses : 3 - 5 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : -
![SEO](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/SEO-1024x640.jpg)
Search Engine Optimization
- Search Engine Optimization adalah suatu kaedah untuk membawa trafik ke laman web anda. Perlu diingatkan, apabila anda sudah mempunyai laman web milik sendiri, jangan menganggap bahawa laman web anda itu sudah diketahui umum. Oleh itu, pemasaran tetap perlu dilakukan untuk memberitahu kewujudan laman web anda. Namun bagi pelanggan kami yang melanggan pakej website kami (tidak termasuk Landing Page dan Minisite) kami sudah sedia memasang plug in yang mesra SEO. Walaupun tidak secara optimum (kerana untuk mengoptimumkan SEO perlu melalui proses yang renyah dan pakej untuk maintenance SEO ini sahaja mahal dan perlukan bayaran bulanan), namun plug in yang kami pasang sudah cukup untuk memastikan laman web anda wujud di dalam sistem carian Google.
- Harga : RM2100 (x12 bulan) , RM2600 (x6 bulan)
- Proses : Sepanjang masa
- Pembaharuan tahunan : -
![Email-Marketing](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/Email-Marketing-1024x640.jpg)
Email Marketing
- Pemasaran melalui kaedah Email Marketing telah digunakan sejak sekian lama, namun ia amat jarang digunakan oleh usahawan kini kerana sekarang telah terdapat banyak medium pemasaran yang lebih pantas. Namun pemasaran melalui kaedah Email Marketing, adalah berkesan untuk tempoh jangka masa panjang dan sangat sesuai digunakan untuk usahawan mempunyai database yang cukup banyak. Pemasaran melalui kaedah Email Marketing memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kadar pembukaan emel oleh penerima emel tersebut adalah rendah.
- Harga : Bermula dari RM699 (bulanan dan bergantung kepada jumlah subscriber)
- Proses : Sepanjang masa
- Pembaharuan tahunan : -
![Logo Design](https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2021/06/Logo-Design-1024x682.jpg)
Logo Design
- Sebagai sebuah perniagaan yang ingin berkembang maju, perkara pertama yang perlu ditikberatkan oleh usahawan tersebut adalah Design Logo perniagaan / produk mereka. Ini merupakan first impression yang akan ditonjolkan kepada pelanggan.
- Harga : RM199
- Proses : 3 - 5 hari bekerja
- Pembaharuan tahunan : -