Digital Marketing

Geran Website MARA

Geran Website MARA

Ramai usahawan di luar sana saban tahun tertanya-tanya jika ada geran bersesuaian untuk mereka dari mana-mana pihak terutama sekali dari pihak agensi kerajaan. Sudah semestinya Mara merupakan salah satu agensi yang mana setiap tahun tidak pernah terlepas pandang untuk menyediakan geran-geran yang bersesuaian untuk para usahawan di luar sana, lebih-lebih lagi untuk usahawan Bumiputera.

Justeru, adalah amat-amat rugi jika anda seorang usahawan, namun anda tidak memanfaatkan peluang yang ada ini. Terdapat beberapa jenis geran oleh pihak MARA, namun di sini kita akan merungkai geran Pendigitalan MARA, yang mana di bawah Geran Pendigitalan MARA ini, anda berpeluang untuk memiliki laman web sendiri tanpa mengeluarkan kos yang besar. Geran website MARA ini sama sekali akan membantu para usahawan di luar sana untuk meningkatkan penjenamaan mereka.

geran website mara

Kenapa Geran Website MARA?

Di bawah Geran Pendigitalan Perniagaan MARA atau lebih dikenali sebagai DIGITALBIZ adalah satu inisiatif baru kerajaan bagi mendepani persaingan sengit di dunia digital. Usahawan yang masih menumpukan kepada pemasaran konvensional akan dianggap ketinggalan dan akan banyak menghabiskan modal untuk model pemasaran cara lama.

Laman sesawang, atau lebih mudah untuk menyebut sebagai website, adalah menjadi keperluan utama masa kini untuk memperkenalkan syarikat. Dengan memohon dana Geran Website MARA di bawah geran DIGITALBIZ ini, pihak usahawan akan menjimatkan kos sebanyak 90% iaitu jumlah yang telah disubsidikan oleh pihak MARA jika dibandingkan apabila mereka mengupah pereka web di luar sana.

Kos untuk mengupah pereka web untuk membina laman web untuk usahawan boleh mencecah ribuan ringgit, dan harganya bermula dari RM899.  Boleh rujuk sini, untuk melihat pelbagai pakej membina laman web.

 

7 Kelebihan Memiliki Laman Web

Kenapa pihak Master Syak Network begitu menggalakkan anda untuk memohon Geran Website MARA berbanding pakej-pakej lain?

Di bawah ini disenaraikan kelebihan memiliki laman web jika anda mohon Geran Website MARA tersebut:

  1. Branding anda akan lebih kukuh. Kajian menunjukkan perniagaan yang mempunyai laman web akan lebih mendapat kepercayaan oleh pelanggan berbanding perniagaan yang hanya menggunakan platform media sosial semata-mata.
  2. Boleh link kan dengan gebang bayaran. Melalui laman web, pelanggan akan boleh terus membuat belian dan gebang bayaran yang digunakan biasanya adalah menggunakan gebang bayaran berdaftar dengan Bank Negara Malaysia yang sudah semestinya selamat.
  3. Domain sebagai penjenamaan perniagaan. Sebagaimana semua pihak maklum, jika kita menggunakan media sosial, domain yang kita gunakan adalah menumpang sebahagian besar nama media sosial tersebut.
  4. Boleh pilih hosting laju. Jika kita hanya berharap pada media sosial, kita hanya bergantung kepada kejaluan media sosial tersebut, manakala melalui laman web kita boleh tentukan sendiri dengan melanggan pakej-pakej tertentu.
  5. Boleh back up file. Segala maklumat yang kita masukkan ke dalam laman web, boleh di back up ke dalam storage hard drive atau boleh juga menggunakan perkhidmatan cloud.
  6. Jejak pelawat. Melalui sesetengah feature yang disambungkan pada laman web, kita boleh menjejak pelawat tersebut, malah melakukan retarget kepada mereka untuk kita beriklan semula kepada mereka.
  7. Boleh juga link kan laman web kita ke semua media sosial yang kita ada.

Pakej Lain Selain Geran Website MARA

Berikut adalah pakej lain yang usahawan boleh mohon di bawah Geran Pendigitalan MARA:

  1. Laman web syarikat
  2. Laman web ecommerce
  3. Laman web korporat
  4. Laman jualan (salespage)
  5. SEO (Search Engine Optimization)
  6. Graphic Design (kontrak 6 bulan)
  7. Ads setting untuk Shopee, Facebook, Instagram, Tiktok, Google ads (tidak termasuk kos iklan)
  8. dan beberapa lagi perkara yang berkaitan Pendigitalan.

Anda boleh merujuk kepada pihak MARA di bawah sektor Pembangunan Usahawan MARA melalui Portal Usahawan MARA atau hubungi terus pihak MARA call centre melalui talian 03-261 32000 .

Carta Alir untuk Permohonan Geran Website MARA

Usahawan perlu isi borang lengkapkan dokumen (KLIK BORANG DI SINI)

Dapatkan 3 sebutharga dari panel pemudahcara MARA (Rakan usahasama Master Syak Network iaitu pihak Alev Global Sdn. Bhd. akan sediakan – hubungi kami untuk maklumat lanjut)

Print dan Hantar kepada MARA Daerah (Usahawan)

Tunggu interview dari MARA (Mara)

 Setelah lulus, bayar 10% dari jumlah RM yang lulus kepada MARA untuk confirm (Usahawan)

Pemudahcara (rakan kerjasama Master Syak Network iaitu Alev) akan deliver servis yang diquote
(Pemudah Cara)

Usahawan perlu sain untuk verify servis order (Usahawan)

Nota: Usahawan boleh mohon semula juga pada tahun seterusnya. Diharapkan agar usahawan tidak melepaskan peluang untuk memohon Geran Website MARA ini memandangkan ini adalah inisiatif khas pihak MARA untuk membantu usahawan Bumiputera bersaing dengan usahawan di luar sana alam dunia digital.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *