Tiktok Shop Banned

Apa Jadi Jika Tiktok Shop kena Banned

Baru-baru ini viral di media berkenaan kerajaan Indonesia banned Tiktok Shop di sana. Kita diperlihatkan di media-media sosial ada yang posting gambaran mereka sedang sedih, kerana mungkin telah kehilangan sumber pendapatan. Hal ini mendapat simpati dari rakyat Malaysia, namun begitu ada juga rakyat Malaysia yang mencadangkan agar TikTok Shop di Malaysia juga harus ditutup, dan ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Persoalannya, adakah releven untuk kerajaan Malaysia menutup Tiktok Shop yang telah mula menjadi sumber pendapatan sebahagian rakyat Malaysia yang berpendapatan kelas rendah? Ada juga suara-suara yang mengatakan, Tiktok Shop ini telah menjadikan ramai jutawan di luar sana, namun yang kurang enak didengar adalah mereka ini kurang kesedaran untuk declare cukai pendapatan kepada pihak kerajaan, adakah ini benar?

Tiktok Shop Banned

Apakah Tiktok Shop

“TikTok Shop” ialah ciri dalam platform media sosial popular TikTok yang membolehkan pengguna mencari dan membeli produk secara langsung melalui aplikasi. Ia membolehkan perniagaan dan pencipta mempamerkan barangan mereka, termasuk fesyen, aksesori, barang elektronik, dan banyak lagi, dalam klip video pendek. Pengguna boleh dengan mudah melayari dan membeli produk dengan mengklik pautan yang terdapat dalam video-video ini. TikTok Shop menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar, dengan memanfaatkan kandungan menarik dan visual dalam aplikasi untuk menghubungkan pengguna dengan produk unik dan trendi, menjadikannya alat yang kuat untuk e-dagang dan pemasaran digital di platform ini.

Dengan kata lain, amat mudah untuk seseorang individu yang mempunyai akses kepada aplikasi Tiktok melalui telefon pintar dan internet, maka sudah boleh mula melakukan jualan ke seluruh negara. Ini amat mudah jika dibandingkan suatu masa dahulu yang mana peniaga yang ingin mendagangkan produk mereka sama ada di ebay atau di alibaba pelbagai syarat ketat dikenakan oleh penyedia platform tersebut bagi menjaga kualiti platform mereka.

Platform eCommerce eBay dan Alibaba

Tiktok Shop mendapat sambutan yang hebat kerana mudahnya untuk berniaga di platform ini, sehingga suri rumah atau pelajar IPT yang sedang melanjutkan pelajaran pun boleh melakukan jualan dengan mudah. Tiktok juga membuka peluang untuk mendaftar sebagai affilliates untuk memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan  jika tidak atau belum mempunyai produk sendiri. 

Kenapa Perlu Ditutup

Dalam keadaan ekonomi serba mencabar ini, apa saja alternatif yang kita ada haruslah digunakan dengan sebaiknya agar dapat menjana pendapatan seterusnya dapat mengharungi cabaran ekonomi yang kian menekan, lebih-lebih lagi untuk mereka yang berpendapatan rendah. Namun kenapa ada juga yang bersetuju agar kerajaan menutup Tiktok Shop yang bermanfaat ini?

Orang kaya

Mudah saja, apabila ada saja orang menghasilkan kekayaan, sudah pastinya ada pihak yang iri hati dan berasa tertekan kerana mereka tidak berupaya untuk menikmati kekayaan seperti individu tersebut. Maka timbullah cadangan supaya kerajaan mengikut langkah negara jiran untuk menutup Tiktok Shop ini. 

Isu Buang Harga

Alasan yang paling kuat digunakan adalah kebanyakan penjual-penjual di Tiktok Shop ini telah melakukan jualan pada harga yang tidak masuk akal, malah terlalu rendah hingga boleh menyebabkan banyak kedai di luar sana akan tutup kerana kehilangan pelanggan.

Market Share Tiktok Shop

Akan tetapi perlu diingat, rezeki Allah Taala itu Maha luas. Apabila kita bercakap berkenaan sesuatu fakta, haruslah kita ketahui bahawa bukan 100% rakyat Malaysia berada di platform Tiktok Shop. Ada yang tidak mempunyai Apps Tiktok malah ada juga yang tidak memiliki telefon pintar. Bayangkan makcik-makcik dan pakcik tua yang berada di kampung, mereka hanya tahu hidupkan enjin kenderaan dan terus pergi ke kedai berdekatan untuk membeli barangan yang mereka perlukan. Jadi tidak perlulah iri hati sekiranya ada seller yang telah berjaya menghasilkan ribuan ringgit sebulan kerana rezeki mereka adalah hasil dari kerja keras mereka sendiri.

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Berbalik kepada persoalan kita di atas, apa akan jadi sekiranya Tiktok Shop ditutup atau kena banned? Kepada semua seller di luar sana, samada yang baru lagi menjana pendapatan di Tiktok, ataupun yang sudah menjana pendapatan yang lumayan, ingatlah sesuatu bahawa semua benda berisiko. Jadi sediakanlah payung sebelum hujan. Persoalan yang ingin diutarakan di sini, adakah anda sekadar berjual beli di Tiktok atau anda sedang membina jenama anda sendiri? Jika anda sedang membina jenama anda sendiri, pastikan anda ikuti langkah ini:

  1. Cipta jenama anda yang unik
  2. Trademark kan jenama anda  di MyIPO
  3. Bina laman web menggunakan domain jenama anda
  4. Perlahan-lahan alihkan pelanggan anda ke laman web dan kumpul database pelanggan

Berkenaan laman web, serius ingin dinyatakan di sini bahawa bagi sesiapa yang ingin membangunkan jenama mereka, wajib ada laman web yang menggunakan domain atas jenama mereka. Apakah itu domain? saya berikan contoh, jika saya menggunakan Master Syak sebagai jenama saya, maka domain yang gunakan adalah mastersyak.com

Di sini kami ada menyediakan pelbagai pakej untuk usahawan-usahawan seperti anda yang sedang dalam fasa membangunkan jenama anda sendiri. Boleh semak pakej kami di sini (KLIK SINI).

Jadi, jika ada pihak yang cuba membangkitkan lagi isu untuk tutup Tiktok Shop, untuk apa jua alasan, anda telah pun menyediakan platform anda sendiri. Anda akan bina database pelanggan anda sendiri melalui laman web yang akan pihak kami bangunkan.

Berita Baik untuk claim Geran!

Tahniah! Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana anda telah pun sampai ke sini untuk mengetahui kesan sekiranya Tiktok Shop ditutup atau banned. Apabila saya nyatakan di atas untuk anda sediakan platform website sebagai persediaan seandainya satu hari nanti berlaku penutupan Tiktok Shop, mungkin ada yang terlintas bahawa bukan murah untuk menghasilkan website. Jangan risau kerana di sini ada penyelesaiannya. Kerajaan ada menyediakan geran di bawah Geran Pendigitalan Mara untuk mana-mana usahawan di luar sana mendapatkan kemudahan untuk menghasilkan laman web untuk syarikat. Klik pautan ini untuk menyemak geran tersebut (KLIK SINI).

https://mastersyak.com/wp-content/uploads/2023/10/Geran-Pendigitalan-Mara-Animasi.mp4

Memiliki laman web sendiri akan memudahkan anda untuk melonjakkan jenama anda terus persada dunia. Ini kerana dengan dasar langit terbuka, hanya melalui satu klik sahaja maklumat tentang jenama atau produk anda akan terpapar ke seluruh dunia. jadi jangan abaikan peluang yang besar untuk memperkenalkan jenama anda di platform yang amat baik ini. Jika Tiktok Shop anda ditutup pun, anda tak akan gusar kerana pelanggan-pelanggan anda telah pun beralih ke laman web milik anda sendiri.


Bio di Tiktok Profile

Mudah sahaja, selepas anda memiliki laman web sendiri, maka letakkan saja di Bio Profile anda link laman web tersebut, dan jangan lupa warwarkan kepada semua follower anda untuk lawati web anda jika ada masalah untuk membeli di Tiktok Shop.

Saya berikan satu contoh situasi, kita andaikan Tiktok Shop adalah di mana tapak karnival jualan yang dipenuhi pengunjung. Anda akan mendapat trafik yang tinggi juga boleh menghasilkan jualan hasil dari trafik orang ramai ini. Akan tetapi, sewaktu anda melakukan jualan di karnival tersebut, setiap seorang anda berikan kad bisnes yang lengkap dengan nombor telefon dan alamat kedai anda yang mana pelanggan yang datang ke karnival tadi dapat cari kedai anda setelah karnival tersebut tamat.

Begitu juga sewaktu berjual beli di Tiktok Shop, jangan lupa maklumkan pada pelanggan yang laman web anda ada anda letakkan siap-siap di bio profile. Jadi mereka juga boleh dapatkan maklumat tersebut. Semoga perniagaan anda terus berkembang dan berjaya mencipta jenama milik anda sendiri suatu hari nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *