Digital Marketing

website revamp

Pertama Kali Mendengar Istilah Website Revamp? Artikel Ini Terbaik Untuk Anda!

Ramai usahawan seringkali terlepas pandang betapa pentingnya revamp website serta memastikan website perniagaan berada dalam keadaan yang baik.

Apakah yang dimaksudkan dengan revamp website? 

Secara dasarnya, revamp membawa maksud to renovate, revise, improve, or renew. Bahasa mudahnya ialah membaharui, mengubah-suai dan juga menyusun semula. 

Sekiranya anda tidak pernah mendengar istilah revamp website, anda amat digalakkan untuk membaca artikel ini sepenuhnya. 

Artikel ini akan menerangkan kepentingan revamp website terutamanya buat anda yang sedang berniaga secara online. 

Jom, baca artikel ini. 

 

6 Sebab Anda Perlu Revamp Website  

sebab anda perlu revamp website

Ramai pengguna Internet yang berpotensi akan membuat penilaian awal terhadap kredibiliti sesebuah syarikat. 

Oleh itu, berikut adalah 6 sebab kenapa anda perlu revamp website anda. 

  • Reka bentuk website yang responsif

Sebelum kita membincangkan point ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan reka bentuk responsif? 

Responsif merujuk kepada reka bentuk laman web yang dapat memberikan respon ke atas pelbagai peranti pintar seperti desktop, tablet, dan telefon pintar. 

Dengan adanya penggunaan reka bentuk responsif di dalam website, website akan kelihatan lebih menarik serta boleh dilayari melalui pelbagai jenis peranti. 

Dalam kata lain, website tersebut perlu mempunyai teknologi terkini seperti smartphone dan laptop untuk memuaskan pilihan pengguna Internet. 

Website pada masa kini seharusnya direka secara responsif, Secara majoritinya, kebanyakan pengguna Internet menggunakan smartphone untuk melayari website. 

Maka, sebagai pemilik website, anda harus memikirkan bagaimana website tersebut akan dipaparkan buat mereka yang menggunakan smartphone dan juga tablet. 

  • Memastikan website anda mesra SEO

revamp website supaya lebih mesra seo

Persoalan yang sering diajukan oleh pakar website kepada mereka yang ingin membuat website atau blog ialah 

“Adakah website anda mesra SEO?” 

Apakah kepentingan SEO kepada website dan blog perniagaan anda? 

Sebelum itu, anda perlu memahami maksud SEO terlebih dahulu. SEO, atau nama panjangnya ialah Search Engine Optimization, ialah langkah untuk optimize website. 

Langkah ini amat penting supaya website anda lebih mudah untuk mendapat ranking tinggi pada hasil pencarian di Google. 

Dengan mendapatkan ranking tinggi berdasarkan hasil pencarian pelawat, potensi untuk trafik organik dan SEO yang tinggi turut akan meningkat. 

  • Struktur website yang terlalu complex

Sebagai pemilik bisnes, anda boleh menetapkan reka bentuk website yang diingini. 

Website pada masa kini bersifat dinamik dimana anda boleh menambah atau membuang kandungan dan gambar pada website. 

Langkah ini amat penting kerana ia dapat mengelakkan website bisnes kelihatan padat dengan informasi. 

Website sebegini akan menghasilkan layout yang tidak kemas dan tidak teratur. 

Ini akan menyukarkan pengguna Internet untuk mendapatkan info yang tepat berkenaan dengan bisnes anda. 

  • Reka bentuk website kurang menarik

Secara dasarnya, trend bagi sesebuah reka bentuk website hanya akan bertahan selama 2 hingga 4 tahun sahaja. 

Jika lebih daripada itu, reka bentuk tersebut tidak lagi dapat menarik perhatian pengguna Internet. 

Disebabkan itulah anda sebagai pemilik bisnes perlu revamp website supaya ia kelihatan lebih menarik dan sentiasa dikemaskini.

  • Waktu loading website yang lama

Percaya atau tidak, website yang mengambil masa lama untuk dipaparkan akan membuatkan pengguna Internet cenderung untuk tutup dan mencari website lain. 

Betapa pentingnya waktu yang diambil untuk sesebuah website tersebut loading sepenuhnya. 

Hal ini sangat berkait rapat dengan SEO di mana ciri tersebut akan membuatkan website anda mendapat rating yang rendah. 

  • UI/UX yang tidak teratur

Adakah anda pernah terpinga-pinga setelah berjaya memasuki sesebuah laman web? 

Perkara ini terjadi kerana user experience dan user interface yang tidak tersusun pada website tersebut.

Seperkara lagi, website yang menarik tidak boleh menjaminkan UI/UX yang bagus. 

Untuk itu, anda harus berbincang bersama pakar website bagi mendapatkan reka bentuk yang diingini serta memastikan features UI/UX berfungsi dengan baik. 

 

Apakah 3 Ciri-ciri UI/UX yang Bagus? 

Seperti yang dinyatakan di atas, ciri-ciri UI/UX perlu diberi perhatian lebih agar website perniagaan anda dapat beroperasi dengan lancar. 

Berikut merupakan ciri-ciri UI/UX yang baik: 

  • UI/UX yang Mudah Difahami 

Faktor yang paling penting dalam pengendalian website ialah kemudahan pengguna Internet apabila memasuki website tersebut. 

Adakah website ini mudah difahami dan digunakan?

Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah ini, pengguna Internet akan berasa sukar untuk memahami struktur dan juga konten website anda. 

  • Reka bentuk yang consistent

Reka bentuk sesebuah website seharusnya kelihatan konsisten. Konsisten merujuk kepada reka bentuk setiap halaman di website anda. 

Contoh terdekat adalah apabila anda melawat website Apple. 

Jika diperhatikan, halaman website Apple adalah sangat konsisten, dimana look dan feel itu membuatkan anda ingin melihat daripada halaman pertama hingga akhir. 

  • UI/UX yang reliable (tidak crash dan error)

website error

Ciri-ciri UI/UX yang baik adalah website tersebut seharusnya reliable. Reliable adalah bermaksud website anda tidak mengalami crash mahupun error secara kerap.

Website yang sering mengalami error akan mengganggu pengalaman pengguna Internet. Ini akan menyebabkan mereka meninggalkan website tersebut dan mencari info di website lain pula.

Kesimpulannya, revamp website bukanlah sesuatu perbuatan yang sia-sia kerana terdapat banyak perkara yang anda perlu beri perhatian bagi memastikan konten website kekal relevan.

Oleh yang demikian, jangan pening kepala untuk revamp website bisnes anda. Serahkan tugas tersebut kepada orang yang mahir dan dipercayai dalam pembinaan website.

Dan dalam kes ini, siapa lagi yang perlu anda percayai untuk membuat laman web perniagaan jika bukan MasterSyak!

Sekiranya kekangan masa adalah musuh utama dalam mengembangkan perniagaan anda, serahkan tugas pemasaran digital kepada kami terutama dalam aspek:

  • Bentuk

Reka bentuk memainkan peranan penting dalam menarik pengunjung untuk terus meneroka laman web anda

  • Pembangunan

Pembangunan laman web memerlukan kerjasama antara pemilik perniagaan atau syarikat dan pereka laman web

  • Pemasaran

Pengalaman kami sebagai pereka laman web akan membantu anda memasarkan produk anda

  • Media sosial

Integrasi dengan Media Sosial yang terdapat di pasaran adalah salah satu aspek penting dalam menarik lalu lintas ke laman web anda.

  • E-dagang

Memasang sistem pembayaran memudahkan pengunjung membuat pembelian di laman web anda

  • Bantuan & Sokongan

Sokongan berterusan akan diberikan ke laman web anda

Perlukan bantuan merancang laman web yang berkesan?

Dapatkan konsultasi percuma dengan MasterSyak dan kami akan memperkukuhkan perniagaan anda dengan membina laman web yang strategik!

Kami akan terus meningkatkan kualiti kerja dengan penggunaan alat terkini di pasaran.

Kami juga mempunyai chatbox, perkhidmatan telefon, e-mel dan sokongan Facebook yang siap menjawab sebarang pertanyaan anda dalam masa 24 jam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *