Digital Marketing

1200x600 1 1

Inilah 9 Cara Untuk Anda Buat Website Jualan Yang Gempak

Nak tahu cara buat website jualan? Jom baca artikel ini.

Ramai usahawan dah mula berkecimpung dalam bisnes online dengan mempunyai media sosial bagi bisnes mereka.

Tetapi, ramai yang terlepas pandang tentang website dan menyangka pelanggan hanya tertumpu pada media sosial sahaja. 

Sebenarnya, dengan adanya website, bisnes anda akan lebih mudah dipasarkan.

3 Sebab Website Jualan Penting Untuk Bisnes Anda 

cara buat website jualan

Ramai menyangka nak majukan bisnes, anda hanya perlu ada media sosial sahaja tetapi ramai tak tahu yang website juga sangat penting.

  1. Membina kredibiliti dan kepercayaan

Kalau sebelum zaman kecanggihan teknologi, bisnes ada kad bisnes yang mengandungi informasi untuk dihubungi seperti nombor telefon dan alamat.

Sekarang, dengan adanya teknologi, pelanggan mengharapkan akses yang lebih mudah untuk menghubungi anda.

Sebab itulah ianya penting untuk anda mempunyai website yang boleh dijumpai hanya dengan beberapa klik sahaja. 

Bila bisnes anda mudah dijumpai di atas talian, secara tidak langsung pelanggan akan mempunyai sedikit kepercayaan dan menganggap bisnes anda kredibel. 

Bonus jika anda website anda mesra pengguna dan berkualiti yang mampu mendorong demografik yang lebih rencam terutamanya bagi bisnes baharu.

  1. Menjimatkan kos

Nak buat bisnes sekarang dah tak perlu kedai fizikal yang sememangnya akan menggunakan modal yang besar. 

Bukan sahaja tapak sewa, anda juga perlu fikirkan perabot, reka bentuk dalaman dan pekerja.

Nak adakan kedai atas talian menggunakan website tak perlukan kos yang tinggi pun!

Banyak aplikasi dan perisian seperti WordPress, Shopify atau Wix yang anda boleh gunakan dengan mudah dan tanpa bantuan langsung.

Jika anda inginkan website yang lebih kompleks seperti mempunyai beribu halaman, filters yang pelbagai, anda perlu merujuk kepada pakar. 

Yang pastinya, modalnya tetap rendah berbanding kedai fizikal.

  1. Pemasaran

Pemasaran memainkan peranan yang sangat penting untuk anda mengembangkan bisnes anda. 

Jika anda mempunyai website, senang saja anda nak sebarkan: hanya copy dan paste dalam Whatsapp dan hantar kepada seramai pelanggan yang boleh. 

Lagi pula, mudah bagi pelanggan anda mengetahui tentang bisnes anda hanya dengan melayari internet. 

Zaman sekarang, nak pastikan website anda muncul dalam carian pelanggan pun mudah dengan kemajuan teknologi Search Engine Optimization (SEO) dan Search Engine Marketing.

Jika anda mahir dalam kedua perkara ini, dijamin trafik website anda akan meningkat dikunjungi ramai orang.

Anda juga boleh memasarkan website anda melalui media sosial atau meminta bantuan agensi pemasaran digital. 

9 Cara Buat Website Jualan Yang Gempak

cara buat website jualan

Sekarang ni jom kita lihat macam mana nak buat website jualan anda gempak.

  1. Matlamat website

Dalam kehidupan semua benda perlu ada matlamat termasuklah website anda. 

Pastikan anda faham matlamat yang perlu dipenuhi oleh website anda— sama ada sebagai website jualan, informasi tentang bisnes anda atau lain-lain.

  1. Nama domain 

Antara benda yang penting dalam membina website adalah nama domain kerana inilah URL yang anda akan kongsikan dengan klien dan pelanggan anda.

Pastikan domain anda pendek, tidak mengandungi akronim dan nombor bagi mengelakkan kekeliruan dan yang paling penting mudah ditaip dan diingat.  

  1. Web host

Web host adalah program induk yang mengawal dan menyimpan data bagi website anda.

Terdapat banyak host website yang anda boleh pilih berdasarkan bajet dan modal anda, dan ada juga host yang percuma yang anda boleh terokai.

The Client 400x350 3 1

  1. Halaman website

Walaupun perkara ini nampak remeh, halaman website penting bagi mendorong klien dan pelanggan anda untuk terus meneroka website anda. 

Pastikan setiap halaman bermatlamat dan mempunya “call to action” seperti “daftar sekarang” dan “hubungi kami”. 

  1. Sistem pembayaran

Tidak semua website bisnes ada fungsi ini tetapi jika anda menawarkan pilihan membayar secara atas talian, pastikan anda mempunyai sistem pembayaran dalam website anda.

Cara yang mudah adalah melalui perisian e-dagang atau solusi pemprosesan kad kredit bisnes kecil tetapi anda perlu kaji yang mana lebih sesuai untuk website anda.

  1. Uji dan lancarkan website anda

Sebelum mengumumkan tentang website anda, pastikan anda mengujinya terlebih dahulu bagi memastikannya berfungsi di setiap jenis peranti.

Salah satu fungsi penting yang perlu ada dalam website anda sebelum pelancaran website anda adalah program analitik yang akan menganalisis prestasi website anda. 

  1. Pasarkan website di sosial media

Manfaatkan sosial media sehabis boleh bagi memasarkan website anda dan menarik pelanggan anda untuk kunjunginya.

Jika anda ada info terbaru tentang bisnes atau syarikat anda, siarkan dalam sosial media dan jangan lupa sisipkan URL website anda. 

  1. Search engine optimization (SEO)

The Client 400x350 4 1

Antara taktik SEO yang anda boleh gunakan adalah penggunaan kata kunci yang tepat, konten-konten terkini, pautan dalaman dan luaran, imej yang optimum dan kelajuan capaian website anda.

Kesemua taktik ini adalah bertujuan untuk menaikkan website anda jika pelanggan mencari sesuatu menggunakan search engine (seperti Google dan Yahoo!). 

  1. Kemaskini website

Pastikan informasi dan konten dalam website anda relevan dan tepat dengan mengemaskini website anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. 

Kalau anda merasakan nak buat website ni memakan banyak masa dan fikirkannya saja pun dah pening, dapatkanlah servis Mastersyak!

Serahkan tugas pemasaran digital anda kepada kami dan kami akan bantu anda dalam aspek:

  • Bentuk

Kami akan pastikan reka bentuk website anda akan menarik hati bakal pelanggan anda

  • Pembangunan 

Anda tak perlu risau tentang pembangunan website anda, hanya berkomunikasi dengan kami untuk dapatkan website yang diidamkan

  • Pemasaran

Pengalaman kami sebagai pereka website akan bantu anda memasarkan bisnes anda

  • Media sosial

Website anda boleh diintegrasikan dengan media sosial bisnes anda untuk meningkatkan trafik website

  • E-dagang

Sistem pembayaran dalam website bagi memudahkan pelanggan anda melakukan transaksi

  • Bantuan & Sokongan

Kami akan memberikan sokongan dan bantuan yang berterusan bagi urusan website anda.

Anda dah bersedia untuk membangunkan website yang gempak untuk bisnes anda?

Dapatkan konsultasi percuma Mastersyak dan bersedia untuk melangkah ke alam bisnes secara digital!

Kami akan menjawab sebarang pertanyaan anda dalam masa 24 jam.

Cuma hubungi kami di chatbox, perkhidmatan telefon, e-mel atau sokongan Facebook.

Jadi tunggu apa lagi?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *