Kini, penggunaan teknologi yang semakin meluas telah membuka banyak peluang bagi sesiapa sahaja untuk berniaga online.
Peningkatan kes Covid-19 juga membuatkan ramai individu mencari inisiatif lain untuk menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan online.
Penggunaan internet untuk memasarkan sesuatu bisnes adalah pilihan yang sangat bijak kerana ia memudahkan lebih ramai orang untuk tahu produk dan servis yang anda sediakan.
Namun, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga online.
Ingin tahu apa 8 kesilapan yang anda perlu elak ketika berniaga online? Teruskan membaca artikel ini!
8 Kesilapan Berniaga Online
- Mengambil terlalu lama untuk merasmikan bisnes
Bagi setiap perniagaan, masa adalah segalanya.
Apabila anda menyedari terdapat peluang perniagaan yang bagus untuk anda ceburi, adalah penting bagi anda untuk membuat penyelidikan dan meneliti pasarannya.
Anda seharusnya mengkaji pasaran, persaingan, proses, dan aspek membuat perniagaan online.
Namun, pastikan anda tidak menghabiskan terlalu banyak masa untuk proses penyelidikan dan melepaskan peluang untuk melancarkan bisnes tersebut.
Penting untuk anda ingat bahawa semakin lama anda menangguhkan pelancaran anda, semakin lama anda akan menjana keuntungan.
Kesilapan ini sering berlaku kerana pemilik perniagaan menunggu sehingga idea mereka dapat dilaksanakan dengan sempurna sedangkan memulakanya adalah paling penting.
Sekiranya anda mengambil masa yang terlalu lama untuk merasmikan perniagaan anda, ia akan meningkatkan peluang pesaing untuk mengalahkan anda.
- Memulakan Perniagaan yang anda tidak minat
Kadangkala, peniaga memulakan sesuatu perniagaan online bukan sahaja untuk menjana wang tambahan, tetapi kerana mereka minat akan produk atau perkhidmatan tersebut.
Memulakan perniagaan online memerlukan dedikasi dan komitmen anda yang sepenuhnya.
Sekiranya anda kurang berminat dengan perniagaan yang anda lakukan, proses pembelajaran dan penjualan akan terasa lebih sukar daripada biasa. Anda juga akan kurang motivasi.
Contohnya, jika anda menjual alat ganti paip secara online tetapi anda kurang minat akan produk tersebut, ia akan ditunjukkan melalui kualiti servis dan khidmat pelanggan anda.
Oleh itu, untuk mendapat keuntungan dengan lebih mudah, mulakan perniagaan online yang anda gemari.
Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.
Semakin anda minat akan perniagaan anda, semakin mudah untuk bisnes anda berjaya!
- Tidak sabar untuk mendapatkan keuntungan
Perniagaan bisnes memerlukan banyak tenga, wang, masa dan proses perancangan yang mendalam.
Jangan anggap menjana wang di Internet adalah mudah dan cepat.
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga online adalah cepat mengalah apabila bisnes mereka kurang memberi keuntungan.
Luangkan banyak masa untuk memperbaiki perniagaan anda untuk menjadi yang terbaik dalam pasaran.
Tahukah anda, syarikat besar Amazon ditubuhkan sejak tahun 1994 dan mempunyai lebih daripada $1 Billion penjualan hanya memperoleh keuntungan pada tahun 2003?
Oleh itu, jangan mudah putus asa! Dengan perancangan menyeluruh, penyelidikan yang banyak dan usaha yang berpanjangan, perniagaan anda pasti akan membuahkan hasil.
- Kurang perancangan
Seperti yang dinyatakan di atas, setelah anda membuat keputusan untuk memulakan perniagaan online, anda perlu merancang perniagaan tersebut.
Antara elemen penting yang anda perlu tekankan adalah seperti berikut:
- Latar belakang perniagaan
- Confidentiality
- Produk dan servis
- Status industri
- Analisis pemasaran
- Strategi pengeluaran dan jaminan kualiti
- Unjuran kewangan
- Ringkasan eksekutif
Banyak aspek perniagaan anda akan berkembang dan bertukar dari masa ke masa.
Namun, jika anda tidak mula dengan garis panduan yang jelas, senang untuk bisnes anda hilang hala tuju.
Bukan itu sahaja, rancangan perniagaan yang teratur juga membuatkan proses untuk mencari pelabur lebih mudah.
- Mengabaikan feedback negatif
Jangan hanya terlalu fokus akan pujian pelanggan sehingga anda mengabaikan mengabaikan komen-komen negatif terhadap perniagaan anda.
Secara kebiasaanya, sebelum pelanggan membeli sesuatu daripada anda, mereka akan meninjau kualiti servis dan produk anda online.
Jika anda tidak kesah akan maklum balas negatif yang anda terima, ia akan merosakkan reputasi perniagaan anda.
Oleh itu gunakan maklum balas negatif untuk memperbaiki perniagaan anda.
Jelaskan pada pelanggan bahawa anda mengalu-alukan sebarang jenis maklum balas dan anda sedia untuk membantu mereka jika mereka mempunyai sebarang aduan.
Ini boleh dilakukan dengan tinjauan atau sistem penilaian.
Antara kepentingan memberi perhatian kepada maklum balas negatif adalah:
- Anda dapat memahami pelanggan anda dengan lebih baik
- Anda boleh mengubah produk anda sekiranya ia perlu penambahbaikan
- Kualiti perkhidmatan pelanggan yang baik akan dijamin
- Tidak menentukan target market
Anda perlu tahu siapa pelanggan ideal anda kerana tidak semua orang akan berminat dengan produk dan servis yang anda sediakan.
Ini kerana, tidak semua perniagaan akan memenuhi keperluan setiap pengguna.
Sebab itu lah penting bagi anda menentukan siapa yang akan berminat untuk menggunakan produk dan servis online anda.
Dengan tidak menentukan individu sasaran anda, anda melepaskan peluang untuk mencari jalan untuk memasarkannya secara terus kepada mereka.
Perniagaan online anda juga akan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding syarikat besar jika dikhususkan kepada sesebuah kelompok.
Bukan itu sahaja, dengan mengenalpasti niche bisnes anda, ia juga akan memudahkan bagi anda untuk membuat iklan di media sosial terutamanya Facebook dan Instagram.
Ini kerana, anda perlu isi maklumat demografi target market anda seperti umur, kawasan kediaman dan minat mereka untuk memudahkan iklan tersebut muncul pada akaun mereka.
- Tidak disiplin
Menjadi bos anda sendiri tidak bermakna anda tidak perlu mempunyai disiplin bekerja.
Walaupun anda bebas untuk bekerja mengikut masa yang sesuai dengan anda, anda masih perlu bijak mengurus diri dan jadual kerja anda.
Untuk mengekalkan motivasi dan produktiviti walaupun bekerja dari rumah, anda mungkin perlu berpakaian seperti anda pergi ke pejabat dan bukannya berpakaian tidur.
Anda boleh juga menyediakan jadual kerja yang sesuai untuk anda ikuti setiap hari.
Sekiranya anda sudah berehat selama 4 jam, pastikan anda meluangkan 4 jam atau lebih untuk bekerja.
Ingatlah Prinsip Pareto iaitu prinsip perniagaan yang mengatakan bahawa 20% masa anda merangkumi 80% daripada penjualan anda.
Sekiranya anda tidak berusaha mengikut jadual yang konsisten, maka anda tidak memberi peluang untuk bisnes anda berjaya.
- Kurang peka dengan pesaing
Kini, sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes online.
Oleh itu, jangan terkejut apabila anda mengetahui bahawa terdapat banyak pesaing yang menyediakan produk dan servis yang sama dengan bisnes anda.
Anda perlu mengkaji persaingan anda untuk mengetahui bagaimana anda dapat mengalahkan mereka.
- Apa yang mereka buat salah?
- Apa yang mereka tidak buat sama sekali?
- Adakah harga yang mereka tawarkan terlalu tinggi?
- Adakah produk mereka sama kualiti dengan produk anda?
Setelah anda mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pesaing anda, ia akan membantu anda memahami cara untuk memberi servis yang lebih baik kepada pelanggan anda.
Kesimpulannya, memulakan bisnes online bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak benda yang anda perlu beri perhatian untuk memastikan produk dan servis anda kekal relevan.
Anda juga perlu mempunyai akaun sosial media dan website untuk memudahkan proses memasarkan bisnes anda ke lebih ramai orang.
Oleh itu, usah pening kepala untuk membina website bisnes anda, serahkan tugas tersebut kepada orang yang dipercayai atau freelancer yang pakar dalam pengurusan website.
Dan dalam kes ini, siapa lagi yang perlu anda percayai untuk membuat laman web perniagaan anda jika bukan MasterSyak!
Sekiranya kekangan masa adalah musuh utama dalam mengembangkan perniagaan anda, serahkan tugas pemasaran digital kepada kami terutama dalam aspek:
- Bentuk
Reka bentuk memainkan peranan penting dalam menarik pengunjung untuk terus meneroka laman web anda
- Pembangunan
Pembangunan laman web memerlukan kerjasama antara pemilik perniagaan atau syarikat dan pereka laman web
- Pemasaran
Pengalaman kami sebagai pereka laman web akan membantu anda memasarkan produk anda
- Media sosial
Integrasi dengan Media Sosial yang terdapat di pasaran adalah salah satu aspek penting dalam menarik lalu lintas ke laman web anda
- E-dagang
Memasang sistem pembayaran memudahkan pengunjung membuat pembelian di laman web anda
- Bantuan & Sokongan
Sokongan berterusan akan diberikan ke laman web anda
Perlukan bantuan merancang laman web yang berkesan?
Dapatkan konsultasi percuma dengan MasterSyak dan kami akan memperkukuhkan perniagaan anda dengan membina laman web yang strategik!
Kami akan terus meningkatkan kualiti kerja kami dengan penggunaan alat terkini di pasaran.
Kami juga mempunyai chatbox, perkhidmatan telefon, E-mel dan Sokongan Facebook yang siap menjawab sebarang pertanyaan anda dalam masa 24 jam.