bisnes online

Checklist Lengkap Bisnes Online: Masa Untuk Anda Onlinekan Bisnes Anda!

Ramai usahawan kini terlepas pandang akan kepetingan melakukan bisnes online terutamanya di sosial media seperti Facebook, Instagram dan website. 

Dengan meng-onlinekan bisnes anda, urusan mempromosikan bisnes dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Bisnes anda juga akan tampak lebih professional di mata pelanggan.

Ingin mulakan bisnes online dengan segera? Teruskan membaca!

Kami akan menerangkan sebab-sebab lain anda perlu menjalankan bisnes online dan cara-cara untuk mulakannya!

Mengapa Bisnes Anda Perlukan “Online Presence”

bisnes online

Kemajuan sektor E-Commerce adalah salah satu sebab anda perlu mula onlinekan bisnes anda!

Tahukah anda bahawa pada tahun 2020, jumlah pembelian digital di seluruh dunia telah mencapai dua bilion? 

Menurut apa yang dianggarkan, mencapai tahun 2040, pengguna akan melakukan 95% pembelian mereka melalui internet. 

Bukan itu sahaja, menurut kajian yang dilakukan oleh Microsoft, jumlah pengguna yang lebih suka berhubung dengan online bisnes semakin meningkat.

Pada tahun 2017 sahaja, jumlah pembeli pada lebih 35 saluran sosial telah meningkat dua kali ganda.

Ini menunjukan bahawa, kemudahan untuk berhubung dengan syarikat anda akan membuatkan mereka lebih yakin dengan proses pembelian yang akan dibuat.

Dengan mengonlinekan bisnes anda, ia akan meningkatkan lagi kepercayaan pengguna terhadap bisnes anda. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini! 

Kehadiran bisnes atas talian juga mampu membina hubungan yang kuat dan tahan lama antara pelanggan dan penjual. 

Oleh itu, ia bukan satu kebetulan bahawa perniagaan online terbesar dan terkenal sentiasa mempunyai visi jelas untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan mereka. 

Checklist Lengkap

Kurang peka dengan apa yang perlu dilakukan sebelum onlinekan bisnes anda? Ikut checklist ini!

bisnes online

  1. Teliti situasi kewangan anda

Sebelum anda teruskan membangunkan online bisnes anda, perhatikan keadaan kewangan anda agar cukup untuk menampungperniagaan anda untuk tahun-tahun pertama.

Walaupun kos overhead perniagaan online lebih rendah daripada mengendalikannya secara fizikal, masih terdapat banyak perbelanjaan yang perlu diuruskan. 

Pastikan anda mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil sehingga anda mula mendapat keuntungan.

  1. Semak senarai nama domain yang telah anda beli

Domain yang anda beli akan digunakan pada website, blog dan amat penting untuk mempromosikan perniagaan serta membawa pelanggan ke website anda.

Teliti senarai nama domain yang telah anda pilih. Pilih berdasarkan kesesuaian. Adakah ia cukup menarik bagi pelanggan mengingatnya? 

Sekiranya ya, anda mempunyai senarai nama domain yang kuat dan sesuai! 

Tetapi, sekiranya tidak, masih ada masa untuk mendapatkan nama domain baru yang sesuai sebelum laman web anda dilancarkan.

  1. Pastikan akaun media sosial anda aktif

Antara langkah awal yang perlu diambil adalah membangunkan akaun media sosial bisnes anda. 

Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan medium yang sangat berkesan bagi anda berinteraksi secara langsung dengan pelanggan.

Pastikan anda menyertakan pautan ke website anda pada semua akaun media sosial anda supaya pelanggan dapat pergi terus ke halaman tersebut.

Seterusnya, akaun media sosial bisnes anda perlulah aktif. Anda boleh konsisten dengan penghasilan konten dengan cara menberi update pada setiap hari.

  1. Promosikan website anda

Apakah perancangan anda bagi mempromosikan website anda?

Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah memberi “teaser” kepada pengikut anda di media sosial tentang pelancaran website bisnes ada. 

Ini akan membuat ramai orang tertanya-tanya dan sentiasa menunggu update daripada media sosial anda.

Anda perlu mengiklankan tarikh dan masa website anda akan dilancarkan.

Ini juga merupakan masa yang sesuai untuk mengiklankan website anda kepada rakan dan keluarga agar mereka dapat menguji dan memberi feedback tentang website anda.

  1. Pastikan sistem perakaunan berfungsi

Sebelum anda melancarkan website bisnes anda, adalah amat penting untuk melakukan pemeriksaan akan sistem perakaunan website tersebut.

Ini adalah untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik agar tiada masalah yang timbul apabila ia sudah dibuka kepada pelanggan nanti.

Bukan itu sahaja, apa sahaja sistem yang anda gunakan untuk pembelian online perlu diuji terlebih dahulu. 

Cuba lakukan order sendiri untuk melihat sekiranya semua butang pada website tersebut berfungsi dan anda menerima setiap pesanan yang masuk.

Kesimpulannya, tiada istilah terlalu awal atau lambat untuk mengonlinekan bisnes anda. Jika anda ingin memasarkan produk anda dengan lebih luas lagi, bangunkanlah website bisnes anda!

Tidak mempunyai masa untuk menguruskan website? Serahkan tugas tersebut kepada orang yang dipercayai atau freelancer yang pakar dalam pengurusan website.

Dan dalam kes ini, siapa lagi yang perlu anda percayai untuk membuat laman web perniagaan anda jika bukan MasterSyak!

Sekiranya kekangan masa adalah musuh utama dalam mengembangkan perniagaan anda, serahkan tugas pemasaran digital kepada kami terutama dalam aspek:

  • Bentuk

Reka bentuk memainkan peranan penting dalam menarik pengunjung untuk terus meneroka laman web anda

  • Pembangunan

Pembangunan laman web memerlukan kerjasama antara pemilik perniagaan atau syarikat dan pereka laman web

  • Pemasaran

Pengalaman kami sebagai pereka laman web akan membantu anda memasarkan produk anda

  • Media sosial

Integrasi dengan Media Sosial yang terdapat di pasaran adalah salah satu aspek penting dalam menarik lalu lintas ke laman web anda

  • E-dagang

Memasang sistem pembayaran memudahkan pengunjung membuat pembelian di laman web anda

  • Bantuan & Sokongan

Sokongan berterusan akan diberikan ke laman web anda

Perlukan bantuan merancang laman web yang berkesan?

Dapatkan konsultasi percuma dengan MasterSyak dan kami akan memperkukuhkan perniagaan anda dengan membina laman web yang strategik!

Kami akan terus meningkatkan kualiti kerja kami dengan penggunaan alat terkini di pasaran.

Kami juga mempunyai chatbox, perkhidmatan telefon, E-mel dan Sokongan Facebook yang siap menjawab sebarang pertanyaan anda dalam masa 24 jam.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *