Digital Marketing

Feature Image - Geran Perniagaan - Mastersyak

Geran Perniagaan Usahawan Luar Bandar

Dalam keadaan ekonomi yang penuh mencabar, ramai usahawan memerlukan suntikan dana untuk terus bertahan agar perniagaan mereka tidak gulung tikar. Tapi mungkin dekat luar sana tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Geran Perniagaan untuk usahawan luar bandar terus bertahan. Geran ini boleh dimohon dari pelbagai agensi kerajaan yang di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Geran ini diberikan nama Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB).

Imej 1 - Geran Perniagaan - Mastersyak
Gambar menunjukkan deretan kedai di kawasan luar bandar

Geran Perniagaan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Untuk melayakkan usahawan memohon geran perniagaan ini, syarat utama adalah perniagaan anda perlulah terletak di kawasan luar bandar. Sekiranya perniagaan anda berada di kawasan bandar, anda boleh lah mendapatkan maklumat berkenaan geran-geran lain yang ditawarkan oleh kerajaan berkaitan perniagaan.

1. Pengenalan

  • Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan sokongan kepada para usahawan luar bandar yang ingin mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka.
  • Program ini juga dapat menyediakan peluang kepada usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan mereka bagi tujuan pemasaran yang lebih luas.
  • Justeru Geran Perniagaan ini diharap dapat membantu mana-mana usahawan luar bandar yang ingin terus bersaing di luar sana.

2. Objektif Program

  • Memberikan pilihan bagi usahawan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi mengembangkan perusahaan;
  • Menyediakan platform kepada usahawan untuk mendapatkan latihan berkaitan dengan perusahaan dan produk;
  • Membantu usahawan melalui pelaksanaan program berkaitan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui Geran Perniagaan ini;
  • Menggalakkan usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bagi meluaskan pasaran.

3. Kumpulan Sasar

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 dan ke atas;
  • Tinggal di kawasan luar bandar (beralamat di bawah parlimen luar bandar); dan
  • Memiliki perniagaan sedia ada (sekurang-kurangnya 1 tahun)
  • Terjejas akibat Covid-19
  • B40

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *