JOM
Kehidupan seharian lebih mudah dengan kemahiran digital dan
jana pendapatan tambahan menerusi ekonomi digital.
Brought to you by:
Apa itu #SayaDigital
Gerakan #SayaDigital bertujuan meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam mendepani ekonomi digital. Dengan memacu masyarakat digital, #SayaDigital dapat mewujudkan kesedaran dalam teknologi digital, gaya hidup pintar dan peluang sama rata kepada masyarakat di bandar dan luar bandar Malaysia
Objektif
Mencetuskan kesedaran terhadap teknologi digital dan seterusnya mendedahkan rakyat kepada pelbagai inisiatif dan program ekonomi digital yang sedia ada bagi meningkatkan sosio-ekonomi.
Meningkatkan tahap kesediaan rakyat dalam penggunaan dan penguasaan teknologi digital dalam kehidupan harian.
Bagaimanakah Caranya?
Anda akan diajar oleh oleh Sukarelawan GENG #SayaDigital secara atas talian melalui telefon.
Apakah Yang Akan Saya Pelajari?
Terdapat 3 modul yang anda akan pelajari:
Modul 1
(Komunikasi)
Pelajari penggunaan aplikasi Whatsapp, Facebook, sunting video pendek untuk Youtube dan pengendalian Google Maps.
Modul 2
(Perbankan Atas Talian & eDompet)
Pelajari penggunaan perkhidmatan bank dalam talian dan pembayaran menggunakan eDompet.
Modul 3
(Aplikasi Perkhidmatan Digital)
Pelajari pembayaran bil, tempahan perkhidmatan e-hailing, tempahan makanan dan barangan runcit secara dalam talian. Anda juga diajar bagaimana mencari perkhidmatan baikpulih peralatan rumah dan sebagainya.