Digital Marketing

minah satay

Tempah Satay Sate Untuk Majlis

Biasanya kita dapat melihat sebelum ini, peniaga-peniaga satay sate membuka perniagaan mereka dengan cara menumpang gerai-gerai atau restoren-restoren untuk menjalankan perniagaan mereka. Mereka tertakluk kepada pemilik gerai atau restoren tersebut sama ada dari segi waktu perniagaan, mahupun kadar trafik yang hadir ke gerai atau restoren tersebut. 

Namun, sesuai dengan peredaran zaman, perniagaan satay sate kini tidak lagi semestinya harus bergantung kepada mana-mana gerai makanan ataupun restoren. Ada pengusaha yang sudah berani membuka kedai satay sepenuhnya milik mereka, malah ada juga yang mengusahakan kilang satay sate dengan cara mendapatkan pelanggan secara terus melalui tempahan atas talian ataupun melalui rider-rider penghantar makanan seperti Grabfood, Foodpanda, lalamove dan sebagainya.

5 Sebab Kenapa Majlis Ada Perlu Ada Menu Satay Sate 

satay sate

Ramai pengusaha satay sate kini sedar pelbagai majlis keraian yang dijalankan akan bertambah meriah dengan kehadiran menu satay sate. Justeru pihak pengusaha kini menyediakan pakej-pakej khas supaya pelanggan dapat menempah menu istimewa ini dalam majlis mereka.

Oleh itu, di sini kita akan merungkai 5 sebab kenapa majlis anda perlu ada menu satay sate:

  • Hidangan yang menggiurkan

Siapa yang tak terliur apabila datang-datang saja ke suatu majlis, bau haruman daging satay sate semerbak menerjah deria bau mereka. 

Belum pun rasa lagi, tapi bila bau je, air liur pasti akan membangkitkan nafsu untuk cepat-cepat segera masuk dan dapatkan meja agar dapat mengambil satay sate tersebut secepat mungkin bagi memenuhi perasaan terliur tadi.

Ini kita akan dapat lihat melalui mimik muka tetamu yang hadir apabila mereka mula-mula masuk dan terus terbau atau terpandang hidangan satay sate yang disediakan.

  • Satay Sate adalah amat mudah dimakan

satay sate

Walaupun pada dasarnya satay sate memerlukan kuah bagi menambah dalam kesedapannya, tanpa kuah juga satay sate tetap enak dan amat menyelerakan. Oleh itu, dengan pemegang lidi kita boleh terus makan tanpa memerlukan sebarang bekas atau mangkuk.

Jadi tak perlu terburu-buru atau memanggil-manggil tuan rumah sekiranya bekas atau mangkuk yang disediakan telah pun habis, kita boleh terus saja capai lidi satay sate tersebut dan memakannya.

  • Menu yang berada di tengah-tengah

Mungkin anda sedikit konfius, apakah yang dimaksudkan menu yang berada di tengah-tengah? Begini, dalam menu seharian kita, adakala kita akan memanggil sesetengah menu tersebut sebagai berat, contohnya seperti nasi berlauk, manakala ada sesetengah menu itu kita akan memanggilnya sebagai menu ringan, contohnya seperti buah-buahan.

Jadi, satay sate boleh lah dikategorikan sebagai satu menu yang berada di tengah-tengah, iaitu ianya bukanlah menu berat akan tetapi ia juga bukanlah menu yang ringan. Maksudnya begini, sekiranya seseorang itu dah tak larat untuk makan nasi pada satu-satu majlis, beliau masih boleh mengambil satay sate sebagai pengganti menu utama, akan tetapi awas! Ia juga mengenyangkan sebab diperbuat dari daging. Justeru itu, ia juga tidak boleh dikategorikan sebagai menu ringan.

  • Penghargaan buat tetamu

Seperti yang kita tahu, walaupun tanpa menu satay sate, satu-satu majlis itu akan tetap meriah dihadiri tetamu yang datang. Akan tetapi, biasanya tetamu akan rasa amat gembira apabila mengetahui satay sate ada dalam senarai menu.

Mungkin sebelum ini, ada yang menganggap hanya orang kaya sahaja yang mampu untuk menjamu tetamu dengan menu istimewa ini.

Namun kini tiada lagi perbezaan di antara mereka yang berpendapatan mewah dan juga yang kurang mewah, kerana menu tambahan ini boleh didapati dengan harga yang munasabah.

  • Harga yang berpatutan

Percaya atau tidak, kita dapat menghidangkan pelbagai amaun untuk tetamu yang hadir, bermula dari 100 cucuk, 300 cucuk, mahupun 1000 cucuk.

Ada berita gembira buat anda yang mahu menganjurkan majlis keraian samada:

Majlis Hari Raya (Rumah Terbuka)

Kenduri Kahwin

Majlis Harijadi

Atau apa jua majlis keraian..

Minah Satay adalah merupakan pengilang yang membekalkan satay sate untuk pelbagai majlis di sekitar Lembah Klang. Resepi turun-temurun ini telah diwarisi oleh ahli keluarga iaitu bapanya sendiri yang pada suatu masa dahulu hanyalah berniaga di tepi jalan.

satay sate

Mereka kini sedang mengadakan promosi untuk anda yang ingin menempah satay sate untuk menganjurkan majlis rumah terbuka sempena hari raya (rujuk sini)

Anda boleh melakukan kan tempahan dengan cara menekan button whatsapp di bawah. 

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah  Dengan Minah Satay Sate

  • Menggunakan daging yang berkualiti

Pelbagai RnD dijalankan oleh pengusaha bagi memastikan daging yang digunakan adalah dari daging yang dijamin kualitinya dan bukan sembarangan. Yerlah, bukan semua orang mempunyai gigi yang sempurna untuk mengunyah daging yang liat.

Justeru Minah Satay adalah satu jenama satay sate yang amat menitikberatkan kualiti pada produknya, kerana jenama ini tidak mahu menghampakan pelanggan mereka.

  • Menjalankan RnD bersama pakar

Untuk mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi, Minah Satay menggunakan peluang yang ada untuk memperoleh geran-geran yang ada bagi melakukan penambahbaikan produk melalui RnD bertaraf professional. Jangan terkejut jika anda mengetahui produk ini telah pun terbang ke London untuk percubaan eksport.

Sedikit masa lagi, hasil dari usaha keras pengusahanya, kita akan boleh berbangga apabila produk ini mula mendapat tempat di persada antarabangsa.

satay sate
Puan Norminah (kanan bertudung kuning) sewaktu mempromosikan satay sate beliau di London
  • Harga yang berpatutan

Sempena menyambut hari raya ini, mereka mengadakan promosi untuk sambutan rumah terbuka. Boleh rujuk sini untuk senarai harga promosi tersebut.

  • Road to Halal Certification

Halal yang diiktiraf oleh JAKIM adalah merupakan standard halal yang tinggi dan diiktiraf oleh antarabangsa. Justeru, pihak Minah Satay telah melakukan usaha keras bagi memastikan perkara penting ini tidak diambil mudah.

Mengikut progres ketika ini, kilang yang baru sahaja siap renovate mengikut spesifikasi halal JAKIM ini, tak lama lagi akan memungkinkan mereka untuk mendapatkan sijil Halal tersebut yang telah diusahakan berbulan-bulan lamanya.

  • Packaging yang awesome

satay sate

Tahukah anda Minah Satay adalah salah satu jenama yang menggunakan packaging unik untuk pelanggan mereka. Namun perlu diingatkan, packaging jenis ini tidak disediakan untuk tempahan-tempahan majlis seperti katering. Ianya hanya disediakan untuk jualan-jualan ataupun melalui tempahan melalui rider.

Tanpa berlu berlengah lagi, klik button Whatsapp di bawah untuk memastikan tetamu-tetamu anda tidak pulang dengan kecewa tanpa menjamu menu istimewa ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *